09 August 2009

~H1N1...TAKUTNYERRR...~

Assalamualaikum semua....

Sekarang ini Dunia sedang diserang wabak selseme babi nie....takutkan dengan wabak ni...skang nie nak p mane2 pun seramm jerr lagi2 dgn anak2 kecik kite...semalam ade karnival n pesta dekat2 kompleks sukan ,Pendamaran nie...jenuh ajak laki aku p sana,langsung laki aku tak layan....dia kate bukan tak nak pegi,tapi bahaya sekarang nie...lagi elok mencegah dari mengubati dia kate...hmm aku pun diam jerr lahh betul gak ckp en.somi ku ini...Ain baru baik dr demam n batuk semua AlhamduLillah...skang nie aku dgn hubby lak kene sakit tekak n batuk...wahhh sgt takut weihh....Moga dijauhkanlah segala penyakit dari keluarga kami Ya Allah...Sesungguhnya segala sesuatu musibah yg Allah turunkan itu pasti ade sebabnya...Pasti ade sesuatu yg telah kite lakukan sehingga Allah turunkan Bala kepada kita...
"Ya Allah ampunilah dosa2 kami hamba Mu yg sentiasa lalai ini....Kami Mohon Perlindungan dari Engkau Ya Allah,Selamatkanlah Kami semua dari wabak penyakit ini Ya Allah....Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Tahu akn sesuatu kebaikan dan keburukkanya...Zahir dan batin...Engkau yang Maha Perkasa dan Maha Penyembuh..Berilah Penawar dan Kesembuhan kepada setiap Penyakit itu Ya Allah....Hanya pada Mu tempat Kami Bernaung dan Berlindung...Kami Bertawakal Kepada Mu dan Berserah diri Kepada Mu Ya Allah...." aminn..Ya Rohman Ya Rahhim.."

Sesungguhnya kepada Allah sahaja tempat kita bergantung harap...dan sememangnya penyakit ini menakutkan kita semua...

Info Seseme Babi:-

Selesema babi (juga dikenali sebagai A (H1N1)) merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).
Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi wabak selesema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.Influenza A
Selesema babi diketahui disebabkan oleh influenza A jenis H1N1,H1N2, H3N1, H3N2,and H2N3.
Pada babi, tiga virus influenza A jenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar di sekeliling dunia. Di Amerika Syarikat, H1N1 khususnya menular dalam populasi babi sebelum 1998; bagaimanapun, sejak akhir Ogos 1998, sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari babi. Sehingga 2004, virus H3N2 diasingkan dari stok babi dan ayam turki di Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants), mengandungi gen dari susur galur selesema manusia (HA, NA, dan PB1), babi (NS, NP, dan M), dan burung (PB2 dan PA).
Interaksi dengan H5N1
Virus influenza burung H3N2 adalah wabak dalam populasi babi di China dan telah dikesan pada babi di Vietnam, meningkatkan kebimbangan kemunculan variasi baru.Pakar kesihatan menyatakan bahawa babi mampu membawa virus influenza manusia, yang boleh bergabung (contoh. bertukar genome homologous sub-unit melalui penyusunan genetik dengan H5N1, memberi gen dan mutasi kedalam bentuk yang mudah tersebar dikalangan manusia. H3N2 evolved from H2N2 by antigenic shift.In August 2004, researchers in China found H5N1 in pigs.
Majalah Nature melaporkan bahawa Chairul Nidom, pakar virus di Universiti Airlangga pusat penyakit tropika di Surabaya, Jawa barat, melaksanakan kajian bebas pada 2005. Dia menguji darah dari 10 babi yang kelihatannya sihat terletak di ladang ayam di Jawa Barat di mana selesema burung berlaku. Lima dari contoh babi mengandungi virus H5N1. Kerajaan Indonesia sejak itu mendapati keputusan yang sama di daerah (region) sama. Ujian tambahan pada 150 babi di luar kawasan tersebut adalah negetif.
Bagaimana ia menjangkiti manusiaWabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.Tanda dan simptomSimptom utama bagi selesema babi pada manusia.


Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention – CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.
Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selesema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selesema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk “menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selesema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selesema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka.”Diagnosis bagi pengesahan selesema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).
Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .Selesema babi pada manusia
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam, itik dan babi, terutama mereka dengan dedahan langsung, mempunyai risiko meningkat pada jangkitan zoonotik dengan virus influenza endemik pada haiwan tersebut, dan membentuk populasi hos manusia dalam mana zoonosis dan penyusunan semula boleh berlaku serentak.Transmission of influenza from swine to humans who work with swine was documented in a small surveillance study performed in 2004 at the University of Iowa. Kajian ini antara lain mencadangkan mereka yang bekerja mengendali ayam, itik dan babi mesti dipantau bagi kesihatan awam.Wabak selesema babi 2009 kelihatannya penyusunan semula beberapa strain virus influenza A subjenis H1N1, termasuk jenis influenza manusia dan dua jenis wabak pada babi, dan juga influenza burung.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa simptom dan penyebaran selesema babi dari manusia kepada manusia sama seperti selsama bermusim. Simptom biasa termasuk demam, lesu, kurang berselera dan batuk, dengan hidung berair, sakit tekak, mual, muntah dan cirit-birit turut dilaporkan.Ianya dipercayai bahawa penyebaran dikalangan manusia adalah melalui pesakit batuk atau bersin dan menyentuh sesuatu yang mempunyai virus sebelum menyentuh hidung dan mulut mereka sendiri.Selesema babi pada manusia adalah paling berjangkit dalam tempoh lima hari pertama penyakit sungguhpun sesetengah orang, kebanyakannya kanak-kanak, mampu kekal berjangkit sehingga selama sepuluh hari. Diagnosis boleh dilakukan dengan menghantar contoh, diambil dalam tempoh lima hari pertama, kepada CDC bagi analisa.
Selesema babi lemah kepada empat dadah dilesankan di Amerika Syarikat, amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, bagaimanapun bagi wabak 2009, ia dicadangkan dirawat dengan nasihat kesihatan hanya dengan oseltamivir dan zanamivir bagi mengelak kekebalan ubat.Vaksin bagi selesema manusia H1N1 bermusim tidak melindungi dari selesema babi H1N1 flu, sungguhpun strain virus merupakan jenis yang sama, kerana secara antigen ia adalah amat berbeza.

Korang terfikir tak..punca dia dari mana?????....Jadi,kenapa dorang tak musnahkan sahaja Punca dia???.............

copy paste jerrkk..uhukkk...

05 August 2009

##GAMBAR AIN TERBARU##


Berusaha untuk upload gmbar ain terkini......so korang ni lah anak dare aku skang nie...dah nak masuk 11 bulan...perangai makin bertambah2...ok lah layannnnzzzz....


Kat McD..nak mamammm...


Main dulu dgn ape yg ade depan mate dia...


nak rampas HP ibu...


Salammmm Rinduuuu untuk semua....

aksi gedik lahh nie..hehe

cek abe lak nak poss....


LEN KALI AIN POSING LAE ERKK...

04 August 2009

%% AUGUST DATANG LAGI%%

Hmm...bulan nie aku masuk 27 tahun dah...banyak planing dalam kepala ni dan usaha2 untuk memperbaiki semuanya....Hari ini aku period utk kali pertama setelah hampir 11 bulan melahirkan ain....Alhamdullilah....so lepas nie kenelah pakai ape2 yg boleh dipakai utk perancangan keluarga yg baik haha.....Oleh kerana nie kali pertama period aku datang balik...waduhhh sakitnyerrr perut aku...dgn rase nak beri2 dgn sakit sesunggut pun datang sekali....badan aku lak banyak sgt angin nie...selalu tak lak mcm nie...huhu.....patutlah mood sejak menjak nie suam2 kuku jerr...

First yg sedang aku pk..Ape aku nak buat dgn blog aku nie....aku sgt berminat utk tukar loyout baru dan berminat sungguh utk regester nuffnang tuhhh....dengar2 boleh masuk duit ehh...nmpaknyer aku kene lah pegi pinjam internet seseorang utk buat semua nie...tak pe ape2 pun aku nak cari info pasal nuffnang nie dulu...ade sesape yg sudi nak bg tau aku care2nyerr nak regester nie....Blog aku ini tersgtlah ketinggalan tak up2date langsungkan..haha...nie semua pasal aku tak leh nak buat or editt ape2 pun kat tenet aku nie...tenet aku telah tenattt...aku sgtlah bencii dan mood pun jd tak best nak bertenet.....

Bulan August nie juga ain dah 11 bulan....perkembangan ain skang dia dah pandai bangun duduk tp kalau masuk dlm bakul lah...haha...kalau tak dia sgt malasss....issshhh malasnyerr anak dare aku nie nak belajar sendiri semua nak mintak kami bantu kalau tak dia akan meniarap sambil jerit2...moga2 bulan nie ain akan pandai duduk sendiri dan seterusnya bangun...aku rase ain tak merangkak seperti yg banyak org2 cakap...hmm janji ain sehat....sekang nie pun still seseme n batuk tak hilang2...dah lah susah nak bg dia mkn ubat.....nak upload gmbr ain tp tak boleh juga tak tau ape masalah...

Syarikat dah berdaftar tp projek belum bermula..aduhh tersangkut lak kat loan yg kami buat....lmbtnyerrrr proses.....hmmnmpknyerr lambt lagi lah nak untung nie..huhu ....

Haha...bulan nie adalah bulan utk bershoping...tp kami peruntukkan untuk persiapan ain dahulu...terutamanya baju dialah...hmm..ayah dan ibu nanti dulu hehe..pasal bulan depan untuk barang2 lain plak dahh....kejap lagi bulan pose dahh....moga2 aku diberi kesihatan dan kekuatan utk berpuase hendaknyerrr...aku tak dpt bayar habis lah....so aku kene berganda puase dan berfidiyah...Ya Allah ampunilah dosa2 ku ini...amin..moga2 murahlah rezeki aku untuk bayar fidiyah dan panjanglah umur untuk ganti puase2 aku semua tuhh huhu....

12 July 2009

[TAG] From Ryn:-

Haha...kalau TAG yg gini dptlah aku buat...tp if TAG yg de gambo2 tak dapat lah aku nak membueknyerr....So ryn aku jawab ini TAG tak yah hutang2 mcm org len yg bg pd aku...tengok blog kekawan sume ade TAG n Award...berebut2 buat...aku dok mandang jerr rrr...coz tak leh nak buek...huhu...







1. berapakah umur anda?= dah tua rr...27 bulan Merdeka nie...



2. anda berasal?= dari sebuah Pulau..(Pulau Kazambo)



3. berapa adik- beradik anda? anak yang ke? nyatakan berapa orang lelaki dan berapa orang perempuan?= ade 6 0rang,anak bongsu,1 lelaki,5 pompuan...



4. sekolah terakhir anda di?= Sek.Men.Tengku Ampuan Rahimah Klang.



5. bila kali terkahir anda memotong rambut? =Tahun Lepas...(mcm Nak potong lagi lah..)



6. shampoo apa yang anda gunakan sekarang? =rejoice rich...betull ke ejaan bantailah..saye suke baunyerr yg harum dan segar...



7. anda gemar menjahit? kalau tidak, nyatakan sebab?= suke jugak...nantikan pula hasil seni saya yg akan saye expose kan di blog saye...k..



8. bila berada dirumah, adakah anda suka menghias diri?=sukeeee...buat en.somi tercinta..



9. apakah kerja rumah yang anda paling malas nak buat?=mengemas..nasib baik mak aku ade..hehe..



10. soalan yang terkakhir, bagi 5 kenangan manis yang tak dapat dilupakan sampai bila- bila?



* jatuh cinta

* jadi seorang is3

*jadi seorang ibu

*makan sedap umah kawan aku...(aku dokk ingt jerr masakan dia sampai laa nie...)

*bercuti


11. siapakah yang anda nak tag?= mcm semua dah dpt jerr..tak yah lah..

05 July 2009

^^ AwAN yG TeRPiLu^^

Alhamdulillah aku bersyukur pada mu Ya Allah kerana memberi aku peluang utk bernafas di bumi mu ini....Berilah aku kekuatan utk meneruskan kehidupan dan waktu yg lapang untuk aku membuat nasoha dgn membersih segala dosa yg tertimbun....

Kenapa aku pilih setmen Awan Yg terpilu lak nihh???....haha...itulah yg sedang berkumandang dan berdendang sayang dlm hati aku waktu nie...oopss..bukan lak aku tgh nyanyi lagu si Ning tu...takkk...aku tgh layan perasaan dan dunia blues aku lah nie...tengok entry aku tu pun dah tau kan...agak-agak kalau korang malas nak baca tu tak yah teruskan lah...tak de ape yg menarik pun kat thread nie sekadar nak layan perasaan jiwa2 aku nie haha....memang minah jiwa2 nie...uhh lantaklah ape org nak kate hidup aku kan...

ape pasal lah dak mel nie erkk...?? shhyy .. please don't ask me anything...alahh biasalah..masalah orang dewasa,hidup nie kene ade masalah kalau tak bila nak pandai betul ke..?? kui..kui...hmm...memang malas nak fikir ape yg berserabut ...biar lantak p lah...boleh ke erkk?? apeee?? nak kongsi...?? ehh tak de ape yg important sgt pun...biarlah aku simpan sendiri dalam2 kat nunn hati aku nie erkk....untuk kongsi di blog nie hmm..tak mungkin kottt...

Oh yerr ...kisah kecintaan aku ain humairah...pagi td dlm kul 4 terjaga ain merengek..pegang kepala dia ehh panas...pegang badan eh panas....alamak...anak aku demam lagii ke nie....wawawa....aku tak sure bape tinggi suhu dia pasal aku tak de lak alat nak check suhu mcm korang...ingt tak penting rupenyerr penting gak erkk...so aku bagi ubt pd ain..sgtlah susah anak ku itu nak makan ubt...dia muntah kan balik....sambil tinge ibu dah dgr bebel2 nenek marah ibu,pasal semalam dah dekat2 maghrib p bawak ain ke pasar..bukan ain kuarpun,duduk dlm kete jerr pasal ain tdo...huhu.....makin kerisauan lah ibu nie ain....tp pagi tadi ain bangun dgn riang jerr siap nyanyi2 lagi,badan pun dah tak panas...Ya Allah lindungilah anak ku itu berilah dia kesihatan yg baik...moga2 demam dia semalaman jerr tak melarat lagi....amin...

nampaknyerr awan terpilu dalam hati aku nie makin tambah sayu...macam ade titik hujan nak turun tak tau lebat ke tak nie...(agak2 kowang faham ke tak erkk...) Izinkanlah aku berpuisi dan menjelajah kejap ke dunia blues aku nie erkk..bagi sesape yg malas nak bace..sekali lagi abaikan jerr lah thread aku yg ini...it's so bored...aku sesaje merindui dunia puitis puisi aku....

just 2 read:(

^^Awan Yg terpilu^^

selam dalam hati,
ade jiwa yg sedang dilukai,
bergumpal-gumpal rasa yg sedang menyentuh dinding jiwa,
perasaan yg bercampur menjadi bahana rojak sesak fikiran....

Ingin melalui lembah2 kedamaian..
sayang susananya dingin menyapa,
tak layakkah aku duduk sebentar di perdu itu,
serasa terhumban jatuh di lantai usang...
persis bingkai kaca murahan di tepi jalanan...

ahhh..bicara sesama hati,
banyak sungguh dunianya...
ragam umpama jiwa kerakusan duniawi,
lupa azzali kejadian,
yg janji akan tertunai,
waktu akan sampai....

Awan Yg terpilu...

menyaksi terbang burung-burung dan unggas-unggas...
bebas di angkasa,
tapi sayangnya ada camar yg tewas..
umpama jentayu yg tiada arah,
terbang tanpa sayapnya,
patah bahu bertongkat kuku...
rebah ke bumi tiada yg peduli...

***********************

04 July 2009

MELEPASKAN RINDU....

Rindunyerrrlah nak berblog...tapi tu lah internet di opis ku itu sgtlah menyakitkan hati...
time nie aku kat umah my kakak so bolehlah pinjam kejap ...Oleh kerana ramai yang bertanya perkembangan ain humaira terkini,aku tepek sikit gmbar anak aku nie....baru-baru nie ain humairah demam panas,lepas anak2 korang kene ingt anak aku tak terlibat hehe...rupenyerr ain pun termasuk gak dlm kategori budak kene demam...Alhamdulillah sekang dia dah sembuh ,perangai baru yg dia dpt ialah lepas baik nie dia suka sgt menyanyi n berborak2...ramah sungguh anak ku itu...coz seblum nie dia jarang sgt2 bersuara kecuali bila menangis...
Oklah...aku tak leh lelama n banyak2 sgt menaip nie pasal ain humairah tgh wawawawa....nenek dia pegang....
Oh ye satu lagi aku nak bercerita....Kejap tadi aku baru lepas nyusukan dia....Nak tau ape yg terjadi...haha.....kami bertentang mata...rase mcm ade satu aura yg menyusuk hati aku dri renungan mata dia...rase kasih sayang ikhlas perasaan antara kami berdua hehe....tenang jerr hati mase tuhh...korang mcm mane???? penah tak rase ape yg aku rase.....hmmm nie bg mereke2 yg menyusukan badan erkkk...sure ade perasaan yg sama kan....
Ok...jom layannn gmbar2 ain humaira terkini.....


mase nie ain humaira tgh panas sgt2 badan dia...

Tido pun tak lene.....


tengah tunggu no. kat kinik...monyok jerrr...


aksi ain tdo...montot tonggek skitt....wakaka...
ehh.....aku pun nak gak tompang glamorr....
salam windu2annn....

15 June 2009

ADUHAI AIN HUMAIRAH

Hmmm...skang nie kan musim demam sana sini..bace blog korang pun memasing anak demam erkk...aku pun seriau jerr dengan ain nih...takat nie alhamdullilah sehat dia. Cuma dia batuk2 sikit n seseme hidung berair jerr...kesian aku nengok.Hari nie mak aku cakap ain dok merengek jer,tadi balik kije tengahari ain ok.Pegang dahi ok takut gak mana tau rase hangat ke...cuaca dah lah tak tentu,aku pun dah batuk2 gak nie...layan ain memang lasak dah dia...kesian plak aku dgn mak aku tu....nie yg buat aku rase makin kuat nak benti keje...tapi aku risau dgn ekonomi laki aku lak yg tak stabil nanti...biz belum bermula , cadang nak benti akhir tahun nie lepas habis kontrak huhu....Ya Allah berilah kesihatan pada mak aku , anak aku, n my hubby....moga2 orang2 yang aku sayang nie semua kau lindungi mereka...

Esok hubby aku baru nak p ssm tuhh..banyak hal betul nak buka biz nie...tapi tak pe itu baru cabaran kecik belum lagi berdepan dgn urusan sebenar.Doa aku moga2 semua success dan dipermudahkan...haha...korang sure tertanye ape biz yg laki aku buat nie...ryn dah tau pasal aku tanye dia about ssm tu mcm mane...selainye aku serve ternet...sebenarnye aku nak benti keje...so kalau nak benti tu sure lah kene ade ape2 pelaburan kan..almaklumlah kite nie bukan is32 yg tahunye memintak je pada hubby kan..lagi2 lah my hubby nie bekerja sendiri...hmm memang payah sikitlah...untungnya ktorang nie dok dlm hutan haha....so ongkos tu kureng besar lah...sebut pasal pelaburan..hmm alkisahnye aku soh laki aku mendaftarkan perniagaan kami nie utk melangkah ke hadapan...mcm jue a.k.a mama irfan tuhh hehe....so angan berangan aku memang nak ber biz...cumanya tak tau ape mende aku nak buat...fikir banyak kali akhirnya aku cadang nak buka biz disamping my hubby...together 4 usahakan biz tu nanti bersama...ape dia ???? ...haha...itu aku kene diam diri dulu coz baru dlm perancangan . Nanti if dah siap n complite semua leh lah aku syer same2 korang erkk..korang doakanlah erkkk mudahan semua urusan kami dipermudahkan ...insyaAllah aminn...