09 August 2009

~H1N1...TAKUTNYERRR...~

Assalamualaikum semua....

Sekarang ini Dunia sedang diserang wabak selseme babi nie....takutkan dengan wabak ni...skang nie nak p mane2 pun seramm jerr lagi2 dgn anak2 kecik kite...semalam ade karnival n pesta dekat2 kompleks sukan ,Pendamaran nie...jenuh ajak laki aku p sana,langsung laki aku tak layan....dia kate bukan tak nak pegi,tapi bahaya sekarang nie...lagi elok mencegah dari mengubati dia kate...hmm aku pun diam jerr lahh betul gak ckp en.somi ku ini...Ain baru baik dr demam n batuk semua AlhamduLillah...skang nie aku dgn hubby lak kene sakit tekak n batuk...wahhh sgt takut weihh....Moga dijauhkanlah segala penyakit dari keluarga kami Ya Allah...Sesungguhnya segala sesuatu musibah yg Allah turunkan itu pasti ade sebabnya...Pasti ade sesuatu yg telah kite lakukan sehingga Allah turunkan Bala kepada kita...
"Ya Allah ampunilah dosa2 kami hamba Mu yg sentiasa lalai ini....Kami Mohon Perlindungan dari Engkau Ya Allah,Selamatkanlah Kami semua dari wabak penyakit ini Ya Allah....Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Tahu akn sesuatu kebaikan dan keburukkanya...Zahir dan batin...Engkau yang Maha Perkasa dan Maha Penyembuh..Berilah Penawar dan Kesembuhan kepada setiap Penyakit itu Ya Allah....Hanya pada Mu tempat Kami Bernaung dan Berlindung...Kami Bertawakal Kepada Mu dan Berserah diri Kepada Mu Ya Allah...." aminn..Ya Rohman Ya Rahhim.."

Sesungguhnya kepada Allah sahaja tempat kita bergantung harap...dan sememangnya penyakit ini menakutkan kita semua...

Info Seseme Babi:-

Selesema babi (juga dikenali sebagai A (H1N1)) merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).
Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi wabak selesema babi 2009 dipercayai telah melalui proses mutasi ini.Influenza A
Selesema babi diketahui disebabkan oleh influenza A jenis H1N1,H1N2, H3N1, H3N2,and H2N3.
Pada babi, tiga virus influenza A jenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar di sekeliling dunia. Di Amerika Syarikat, H1N1 khususnya menular dalam populasi babi sebelum 1998; bagaimanapun, sejak akhir Ogos 1998, sub-jenis H3N2 telah diasingkan dari babi. Sehingga 2004, virus H3N2 diasingkan dari stok babi dan ayam turki di Amerika Syarikat merupakan penyusunan tiga (triple reassortants), mengandungi gen dari susur galur selesema manusia (HA, NA, dan PB1), babi (NS, NP, dan M), dan burung (PB2 dan PA).
Interaksi dengan H5N1
Virus influenza burung H3N2 adalah wabak dalam populasi babi di China dan telah dikesan pada babi di Vietnam, meningkatkan kebimbangan kemunculan variasi baru.Pakar kesihatan menyatakan bahawa babi mampu membawa virus influenza manusia, yang boleh bergabung (contoh. bertukar genome homologous sub-unit melalui penyusunan genetik dengan H5N1, memberi gen dan mutasi kedalam bentuk yang mudah tersebar dikalangan manusia. H3N2 evolved from H2N2 by antigenic shift.In August 2004, researchers in China found H5N1 in pigs.
Majalah Nature melaporkan bahawa Chairul Nidom, pakar virus di Universiti Airlangga pusat penyakit tropika di Surabaya, Jawa barat, melaksanakan kajian bebas pada 2005. Dia menguji darah dari 10 babi yang kelihatannya sihat terletak di ladang ayam di Jawa Barat di mana selesema burung berlaku. Lima dari contoh babi mengandungi virus H5N1. Kerajaan Indonesia sejak itu mendapati keputusan yang sama di daerah (region) sama. Ujian tambahan pada 150 babi di luar kawasan tersebut adalah negetif.
Bagaimana ia menjangkiti manusiaWabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.Tanda dan simptomSimptom utama bagi selesema babi pada manusia.


Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention – CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.
Dalam mendiagnosis simptom wabak ini tidak hanya perlu melihat kepada tanda atau simptom yang khusus bagi selesema babi tetapi juga sejarah terkini individu. Sebagai contoh, semasa wabak selesema babi 2009 di Amerika Syarikat, CDC menasihatkan doktor untuk “menjangka jangkitan influenza babi pada pesakit yang didiagnosis mempunyai penyakit pernafasan akut sama ada mempunyai hubungan dengan orang yang disahkan mengidap selesema babi, atau berada di dalam lima negeri Amerika Syarikat yang melaporkan kes selesema babi atau berada di Mexico dalam tempoh 7 hari sebelum permulaan penyakit mereka.”Diagnosis bagi pengesahan selesema babi memerlukan ujian makmal bagi contoh pernafasan (calitan hidung atau tekak mudah).
Selesema Babi adalah penyakit berbahaya kerana dibawa virus dan mudah berjangkit kepada orang ramai. Dalam tubuh babi terdapat tiga virus selesema A iaitu subjenis (H1N1, H3N2, dan H1N2) tersebar ke seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, subjenis H1N1 merebak sejak 1998. Virus H3N2 mengandungi gen-gen daripada manusia (HA, NA, and PB1), swine (NS, NP, dan M), serta burung (PB2 Dan PA) .Selesema babi pada manusia
Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam, itik dan babi, terutama mereka dengan dedahan langsung, mempunyai risiko meningkat pada jangkitan zoonotik dengan virus influenza endemik pada haiwan tersebut, dan membentuk populasi hos manusia dalam mana zoonosis dan penyusunan semula boleh berlaku serentak.Transmission of influenza from swine to humans who work with swine was documented in a small surveillance study performed in 2004 at the University of Iowa. Kajian ini antara lain mencadangkan mereka yang bekerja mengendali ayam, itik dan babi mesti dipantau bagi kesihatan awam.Wabak selesema babi 2009 kelihatannya penyusunan semula beberapa strain virus influenza A subjenis H1N1, termasuk jenis influenza manusia dan dua jenis wabak pada babi, dan juga influenza burung.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa simptom dan penyebaran selesema babi dari manusia kepada manusia sama seperti selsama bermusim. Simptom biasa termasuk demam, lesu, kurang berselera dan batuk, dengan hidung berair, sakit tekak, mual, muntah dan cirit-birit turut dilaporkan.Ianya dipercayai bahawa penyebaran dikalangan manusia adalah melalui pesakit batuk atau bersin dan menyentuh sesuatu yang mempunyai virus sebelum menyentuh hidung dan mulut mereka sendiri.Selesema babi pada manusia adalah paling berjangkit dalam tempoh lima hari pertama penyakit sungguhpun sesetengah orang, kebanyakannya kanak-kanak, mampu kekal berjangkit sehingga selama sepuluh hari. Diagnosis boleh dilakukan dengan menghantar contoh, diambil dalam tempoh lima hari pertama, kepada CDC bagi analisa.
Selesema babi lemah kepada empat dadah dilesankan di Amerika Syarikat, amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, bagaimanapun bagi wabak 2009, ia dicadangkan dirawat dengan nasihat kesihatan hanya dengan oseltamivir dan zanamivir bagi mengelak kekebalan ubat.Vaksin bagi selesema manusia H1N1 bermusim tidak melindungi dari selesema babi H1N1 flu, sungguhpun strain virus merupakan jenis yang sama, kerana secara antigen ia adalah amat berbeza.

Korang terfikir tak..punca dia dari mana?????....Jadi,kenapa dorang tak musnahkan sahaja Punca dia???.............

copy paste jerrkk..uhukkk...

5 comments:

~chekuna~ said...

sy pun tatot skrg ni....
dah tak kuar rumah.. dah..
cuma kesian kat luqman...
berkurung jer...

fazilzura said...

apa2 yg berlaku PASTI ada punca and hikmah nye..

** minum air bnyk2 and makan buah jgk

shah-ila-ain said...

betul tu risau sgt2 kan,,,, selagi boleh di cegah kite sama2 lah usahakan ekk...moga2 dijauhkanlah amin...

*MaMa HeRdA* said...

Allah bagi amaran supaya kita sentiasa beringat pada-Nya..jgn sbb perkara2 mcm ni aje kene ingat dgn Allah..yer le kan..kita manusia biasa kn mudah lalai..Same2 le kita berdoa yer..ade hikmah semua ni..

shah-ila-ain said...

her...tu lah kan...kalau Allah turunkan musibah tu kite semua kene sekali...tak kire yg ade dosa atau yg tak berdosa.....