16 August 2009

~Buat Herda Sekeluarga~

assalamualaikummm...

Alhamdulillah kerana Allah masih memberi segala nikmat dan rahmatnya pada aku...Ampunilah segala dosaku Ya Allah kerana aku seringkali melalaikanmu....memang aku hamba mu yg sering leka dan lalai dgn keindahan dunia yg sementara ini....

Pagi2 tadi lagi aku dah melawat blog korang...sampai blog Herda aku terhenti dan tersentuh hati pada Mama Herda...Ujian Allah pada setiap hambanya...berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya...Semoga Herda dan keluarga tabah dengan ujian ini....Kerana kesabaran kita dalam tempuhi ujian itu akan dibalas oleh Allah dengan kebaikan serta meningkatkan keimanan kita padanya...InsyaAllah...Dan itu sahaja yg dapat aku katakan sebagai seorang sahabat yg hanya kenal di alam maya ini...Aku percaya Her..engkau seorang tabah dan hebat...kerana itu Allah beri ujian nie pada engkau sekeluarga..Sesungguhnya hanya allah jua yg Maha Tahu akn segala sesuatu yg terjadi itu...

Hmm....Apa yg menimpa Herda buat aku berfikir...betapa pentingnya orang2 yg ada disekeliling kita kan...betapa berharganya mereka buat kita kan...Semoga orang2 yg kita sayangi semua dilindungi dan dipelihara oleh Allah s.w.t,Moga kita sekeluarga akn diberi kekuatan dan ketabahan dalam tempuhi setiap ujian yg datang pada kita...

Dan apabila kita sedang sedih...ingtlah akn besarnya lagi ujian Allah s.w.t pada nabi kita Muhammad s.a.w ...betapa ia diberi ujian sejak ia kecil lagi,kehilangan org yg tersayang ayah dan ibunya...membesar bersama datoknya...serta kepayahan dan kesengsaraannya ketika menyebarkan agama Allah...sehingga satu waktu beliau hampir berputus asa lalu Allah.s.w.t mengisrak mikrajkannya hingga ke langit ke tujuh...kerana sesungguhnya Allah juga tempat kita mengadu...

Teringat satu surah sebagai penghibur nabi Muhammad S.a.w waktu baginda sedang sedih hati...Alam Nasrah...." Kerana sesudah kesulitan itu ada kemudahannya...dua kali Allah sebut dalam surah ni...Sesungguhnya janji Allah itu pasti benar....Perbanyakkanlah membaca surah ini waktu kita dalam kesedihan,.....

2 comments:

*MaMa HeRdA* said...

Alhamdulillah..mekasih ila..aku terharu..terima kasih atas doa dan sokongan..ujian aku ni kecik aje..berbanding dgn ujian2 yg di hadapi oleh org lain yg lagi besar dari aku..aku bersyukur..wlumcmnpun..kemampuan seseorg untuk menerimanya hanya org yg mengalami sj yg faham dan tahu..apa jua yg terjadi semua datang dr Allah..dan pada dia juga kita kembali kepada-Nya..

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

ada hikmah..